Wednesday 21 December 2011

Memaafkan seseorag sebelum tidur

Memaafkan Seseorang Sebelum Tidur.. Insya-Allah..mudah-mudahan, hidup kita sentiasa aman dan hati dan jiwa kita menjadi tenteram.. sekadar renungan..

Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.
Oleh kerana itulah ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”
memaafkan seseorang
                                            

p/s : Amalkan perkara ni sebelum tidur okey? Semoga hati menjadi tenang .. Amin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...