Thursday 29 December 2011

Semangat mk.dak!!

‎7 TIPS UNTUK CEMERLANG DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Semak jadual peperiksaan.
2. Kunci peperiksaan(latihan dan ulangkaji)
3. Tentukan keutamaan(utamakan subjek yang belum atau kurang dikuasai).
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan.
5. Merancang persediaan peperiksaan

Sebelum peperiksaan
a)Tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
b)Kesihatan diri jangan diabaikan.
c)Tidur yang mencukupi.
d)Buat seketika lupakan perkara yang anda minat.
e)Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat.
f)Sediakan peralatan menulis yang mencukupi.Jangan lupa slip peperiksaan ye.
g)Tidur awal pada malam hari peperiksaan supaya pagi peperiksaan kita tak mengantuk.

Semasa peperiksaan
a) Pergi ke dewan peperiksaan dengan lebih awal.
b) Bersarapan.
c) Bersalaman dengan ibu bapa dan meminta mereka doakan kita dapat menjawab soalan dengan tenang dan jayanya.( bagi sesiapa yang ibu bapa jauh di semenanjung seperti saya telefon mereka ye,emel ke,3g ke)
d) Tenang ketika menjawab soalan.(jawab soalan yang senang dahulu baru soalan yang susah)
e) Jangan berkhayal ketika menjawab soalan.

Selepas peperiksaan
a) Anda tidak digalakkan berbincang mengenai subjek yang telah lepas.
b) Tumpukan kepada subjek yang belum anda hadapi lagi.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh menggangu perasaan.
7. Berdoa dan bertawakal.

SEMOGA MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL..
 

m.cik ina yg bg kt ina.die soh ina bljr pndai2.die ltak kt wall fb ina.haha!thanks mk dak..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...